Saturday, November 13, 2010

Holiday :D

OHHH YEAHHH!

boleh bayangkan tak betapa gembiranya saya hari ini? HAHAHA. sumpah gembira sangat sebab exam sudah tamat and, no need to care about books anymore! err.. i mean, for a while (: hahh. sangat-sangat PENAT. itu sahaja perkataan yang tergambar dalam otak saya now.

saya baru balik dari asrama semalam, and ayah, mak and Syaza ( baru dijemput oleh ayah juga ) datang ambil saya pukul 2:30PM dengan kereta baru, Honda Accord nya :D but! memandangkan kereta itu agak kecil sedikit, so, terpaksalah kami bersempit-sempitan dengan barang-barang saya yang banyak sangat itu. hehe. itu lah. degil. saya sudah suruh bawa LORI tak mahu. saya dah kata, barang saya banyak, cikgu tak benarkan saya tinggalkan barang! kejam!

then, kami pun pergilah berjalan-jalan sebentar di Bandar Batu Pahat. WHOAAA. BESAR. terkejut saya tahu. yelah, saya harap sahaja sekolah dekat Pontian, JOHOR, but sumpah saya cakap, saya and famili saya tak pernah pun jalan-jalan dekat Johor. setakat pernah datang untuk attend WEDDING AUNTY, and MAJLIS PENGKEBUMIAN DATUK SEDARA. just that. sedih kan? hahh.

sesudah puas melampiaskan nafsu makan kami, so kami pun bertolak balik ke Alor Gajah, tidur kat office mak sekejap. hehhh. ingatkan ada Internet dekat office mak itu, but rupanya sudah rosak. haishhh. sedih.

sudah lama sangat-sangat saya tak online Internet, maklumlah saya sekolah asrama, so, sudah 2 bulan setengah ya di situ saya tak online. haha. LEGA. finally, saya tahu juga perkembangan dunia luar, otak saya naik cramp asyik terperap dekat asrama itu! TIADA HIBURAN! TIADA BERITA BOUT DUNIA LUAR! INSANE! kami dipaksa study dan study sepanjang masa. tidur pula, hanya 5jam sehari. SEWEL kan? hahh. baru tahu?

saya sudah BERJAYA menghabiskan exam saya dengan 'CEMERLANG' sekali. ouhhh. cukup perit ya saya memerah otak saya di kala menjawab exam tempoh hari. otak saya siap terburai sekejap time itu. GILA SUSAH. saya tahu pihak PENDIDIKAN MARA SENGAJA bagi soalan sikit punya MAUT itu. soalan paper 1 major senang, but bila masuk bab paper 2, Innalillah lah jawabnya. hahh.

saya dah dapat dah markah untuk paper SEJARAH and PENDIDIKAN ISLAM. sejarah dapat 72% and pendidikan Islam dapat 80%. hahh. RENDAHNYA MARKAH? hmmm. memang pun but kira okay lah ini bagi saya. soalan susah kut. haishh. haha.

markah untuk paper yang lain? hahh. nanti pihak maktab saya tolong POSKAN RESULT itu ke RUMAH. 'SERONOK' kan? parent dapat markah saya yang comel montel itu dengan MUDAH sahaja. cesss. kantoi terus semua markah saya itu. hahh.

well, malam ini kami sekeluarga akan menonton wayang bersama-sama :) MOVIE APA? nanti baru tahu. hahh. malas nak pergi tengok tiket. jauh. hahh. hmm. okaylah, sudah penat membebel. maklumlah, sudah lama mulut ini tidak dapat berceloteh. HAHAHA. nak pergi makan.

feed me
Hungry

BYE BYE :)