Thursday, September 9, 2010

raya sudah! yayy :)

salam semua :) hehe. cuba teka esok hari apa? hmmm tak dapat teka? tak apa tak apa. biar saya sendiri yang jawab soalan saya itu yaa. teeehee. esok sudah raya! yayy! gembira nie :D suka, sukaaa sesangat tahu! well, di sini, saya ingin mempromote baju raya saya. hmmm. baju kurung sahaja. yang lain? hmmmm. MALAS! sudah paham? bagusnya.


3
time nak pilih baju, pening nak ambil colour pink ke tak. hehe. alergic sikit.


hmmm. mula-mula macam tak nak ambil. sebab agak alergic dengan warna pink. saya ini dah lah ganeih. hehe. so, dulu-dulu pernah ambil colour pink, kawan-kawan semua ejek saya gedik. ciss. sedih tahu. but now, arghh. i don't care! nak juga colour pink itu. hehe. comel sangat. so, bila saya pakai, maybe nanti kelihatan comel juga kutt. ( perasan sudah datang! ). so, sudah saya terbeli ya kawan-kawan :)

yang kedua punya baju pula,


1
hmm, yang ini bertemakan corak vintage. mak saya kata, kalau saya pakai baju ini, nanti nampak lembut. so, saya nak juga jadi wanita muslimah. hehe. ayu gitu! ( perasan datang lagi! )


then, last sekali,

2
hehe. colour coklat. simple sahaja lah. saya suka jenis kain dia. lembut! ohhh. 1 more thing, baju itu lengan bercekak! fuhhh. habis basah kuyup lah saya nanti. panas panas! hehehe.


tamat sudah cerita pasal baju kurung. ngeee. ohhh. pasal baju shirts pula, sudah beli 6 helai. hahaha. seluar? hmmmm. 4 helai sahaja. tudung? beli dua helai. hehe. recycle tudung yang lama. JIMAT tahu. ngehngeh. penat saya belek-belek cari baju yang comel-comel, but kena tegur dengan along, sebab pilih baju lama sangat. alaa, lelaki, mana faham taste perempuan. kena pilih betul-betul. kalau tak nanti, rosak lah plan. haha.

ouhhhh. BOSAN. itulah perkataan yang boleh menggambarkan perasaan saya pagi tadi. tidur, online, bermesej, merayap entah kemana and lastly, nak pergi bazar but macam kosong, so pergi McDONALD! ehehee. macam ini ceritanya, kira-kira pukul 5 setengah, saya pun kejut along, ajak Syaza and along pergi bazar bersama-sama. hohh. kejut along pukul 5:30PM, but along bangun pukul 6:00PM! tension saya dibuatnya. tidur mati apa along ini. haishh.

then, tengah tunggu along ini, suddenly Syaza called mom. dia boleh tanya mak, 'emak, nape Syaza kene pergi bazar. syaza malas lah. Kak Ana yang cakap mak suruh pergi'. wahhh. bunyi macam saya paksa dia pula kan? padahal saya just ajak dia. hmmm. tak apa. lepas dia habis call, saya cakap dekat dia, 'Syaza, if kau tak nak ikut, tak apa. stay dekat rumah. biar akak and along yang pergi. kau stay saja. lagi senang'.

then, dia terus touching. merajuk lah itu. nak saya pujuk? sorry naik lori lah. hahaha. ishh. kejam sungguh! saya and along pun just pergi begitu sahaja tanpa memujuk Syaza ( kejam betul kami ). sampai dekat bazar, fuhh! memang terperanjat beruk, ehh, bukan beruk saja, terus berubah jadi gorilla plus babun pun ada gak. cuba teka ada berapa gerai saja yang buka? cepatlah tekaaa :)

nak tahu berapa?

tarik nafas dalam-dalam dulu.

okay, ready!

2 GERAI SAHAJA!

tempat bukan main besar plus gedabak, but 2 gerai saja? ishhh. apa kami nak beli kalau macam itu?! pasir? GRRRRRR. so, along pun bawa kereta berambus dari situ. hehe. suddenly, along bagi cadangan,'jom pergi McD!'. McD? hmmmm. layan jelah. haha. kami pun belilah beberapa ketul burger melalui DriveThru. ecehh. bukan main pemalasnya semua nak keluar beli dekat dalam. hahaha. baru tahu saya pemalas? hakhak.

then, pergi 7Eleven sekejap. beli topup saya and Syaza yang tengah merajuk itu. balik saja, saya bagi topup itu dekat dia. ouhhh. Syaza merajuk. dia diam saja. elehh, but ambil juga topup yang saya belikan itu. haha. lawak, lawak. kami pun tengoklah tv sampai tak sedar yang azan berkumandang. fuuhh! panik betul kami time itu. berpusu-pusu ke meja makan. terus baca doa. amin :)

habis buka puasa, pergi bilik. solat. lepas itu, tak tahu nak buat apa dah. saya pun bantai baca komik kejap. hohh. jangan tak tahu, saya ini OBSES GILA dengan komik. hehe. tak percaya? nahh! tengoklah sebahagian daripada koleksi komik-komik yang saya dan Syaza kumpul :)

comic3

comic1

comic2


amacam? terkejut? hehe. biasa lah. habis semuanya saya sudah khatamkan. hehe. opsss. khatam? khatam al-Quran, saya sudah berapa kali ya? hmmm. sudah 7 ke 8 kali. lupa lah. hehe. tak apa. janji dah khatam. hahaha. ehh. jangan tak tahu, saya siap dah boleh hafal dah jalan cerita komik-komik itu :) hahh! cubalah subjek sejarah itu buat dalam bentuk komik ke, senang sikit saya nak hafal! GRRRRR.

hmmmm. sambil baca komik, saya dengar lagu juga! hehe. lagu apa? hahh. before itu, saya nak cakap sikit nie. saya nie bukan seperti gadis yang biasa ya! saya agak pelik sedikit. yelahkan, saya kan ganeih ( bak kata along lah ). so, lagu yang saya dengar pula, lagu-lagu korea. hehehe. naik biul dah along itu nak melayan saya. sikit-sikit pasang lagu korea kuat-kuat. haha. biarlah. saya punya suka. tak mahu dengar? sila pekak kan telinga anda * gelak kejahatan*.

band ini saya suka sangat! :D

b2st
BEAST/B2ST


ukiss
U-KISS

seronok! hehehe.ouhhh. okaylah. nak pergi kemas barang. esok pagi dah nak balik kampung :) ouhh. kampung saya tak jauh sangatlah. dekat saja. ALOR GAJAH, MELAKA. pernah dengar? tak pernah? hmmm. tak apa lah.

ouhhhhh. bye bye! Syaza tengah stress dengan mp3 dia!

Wednesday, September 8, 2010

Kegilaanku Bersamamu!

okay. sumpah. saya sudah bosan nak mati. ini gilaaa! tidak! kenapa semua orang time puasa saja yang pasif. kenapa? hahaha. ayat nak dramatik lah pula. hahaha. so, disebabkan terlalu bosan, sampai hampir ke kancah kematian, saya telah mengekori seorang sahabat saya ini ke rumah cousinnya. saya turut membuli beberapa cousin dia supaya memberikan perhatian mereka sepenuhnya terhadap saya! wajib! ada paham? CAKAP FAHAM CEPAT.

okay. now. saya sambung balik bebelan saya tadi. Naim, cousin sahabat saya yang sewel, dia sudi untuk bersama-sama membuat jenayah bersama saya hari ini. ( sama kes dengan saya, bosan bosan dan bosan! ). sahabat saya,cik SOAP sudah tidur terbongkang si kala ini. so, kami pun merancang masa depan bersama. ehh. salah. apa kes ini? haha. kami pun merancang plan jahat kami yang termahsyur itu.

rancang punya rancang, okay set! termeterailah satu perjanjian ZIONIS. hohoho. apa isi-isi kandungannya? well well well. *gosok-gosok dagu kejap*

RAHSIA.

hehe. sorrylah. Naim belasah saya nanti, anda nak tanggung ke? tak mahu bukan? saya sekali masuk wad, nak bilik yang VVVVVVIP yaa! hahaha. ehhh. apa saya merepek ini? okay. sudah lari tajuk. haishhhh. well, first sekali, mangsa kami yang pertama ialah SABB yang tengah berhempas-pulas 'beribadat' kepada Allah dalam bulan puasa ini. lihat apa yang kami lakukan!

hmmmm
HAHH! yang ini Naim punya kerja. amacam? ( cehh. macam kejam sangat! )

lepas itu, kami pun gelak terkekek-kekek. maklumlah, berjaya buat kerja jahat ( jahat lah sangat ) time bulan puasa. HOHOHO. but.. tak sangka pula si Naim itu gelak kuat sangat. terus si Sabb itu terjaga. berhenti sekejap daripada menjalankan ibadat puasa yang sedang dilakukannya tadi. dia tenung kami sampai naik tembus! mata macam ada laser saja. hehe. then, dia sambung balik 'beribadat'. fuhh! lega.

then, plan yang kedua, buat dapur selerak! ehh cop! itu dapur rumah sahabatku! nanti daku juga yang kena marah. cesss. kurang asam bin jawa punya Naim, apa punya plan lah. hmmm. lantak lah.

heeee

hohoo
Hasilnyaa! tak sampai hati nak selerakkan sangat dapur rumah sahabatku ituuu!

disebabkan sudah penat bermain di dalam rumah, kami pun keluar. cari mangsa baru. ohh ya! about the kitchen, Kak Alin ( maid mereka ) membebel sambil marah-marah siapa main air dekat dapur then tak reti nak lap balik. haha. kasihan. saya tengok Naim, Naim tengok saya balik. muncul lah Senyum Si Musang Guntang di bibir kami. hehe.

balik cerita balik. jalan punya jalan. hahh! OUR NEXT VICTIM!

sorry sayang
haha.sorry Kak Put ( si komputer ). Naim memang kreatifkan?

kami penat fikir, apa lagi aktiviti yang boleh buat kami tak bosan ea? hmmmmm. ahha!

hahaha
comel kan? Naim yang buatkan.

hehehe. Naim ini macam budak kecil lah. padahal tua setahun dari saya. kiranya, tahun ini dia SPM lah. hahaha. kasihan dia. tiap kali sebut ayat SPM, dia akan buat muka cemberut dia itu. kelakar! tanya, dah ready ke belum for SPM? tahu apa dia jawab? hahaha.

90% BELUM.

senang gila kan jawapan dia? ishhh ishhh ishhhh.

sudah. kami penat berjalan ( macam besar sangat rumah saya itu ). kami masuk balik. pergi ke zon kanak-kanak di mana anak-anak kecil sedang bermain. hehe. tiba-tiba..

BEEEEEP! BEEEP! BEEEEEEEEEEEEEEPP!
sasaran dikesan!

saya tengok Naim. dia tahu tak apa yang ada dekat fikiran saya sekarang? cehh. main-main telepati pula. Naim buat muka blur. pehhh. hampeh. apa punya manusia. tak memahami sungguh. saya muncungkan mulut saya, tunjuk SIGNAL suruh tengok arah muncung saya yang sebiji macam muncung itik comel itu. haha. Naim tengok. then dia pandang saya balik. then tengok ke arah seorang budak yang saya tunjukkan tadi. heyh Naim ini, lambat pick-up betul lah. then dia tengok saya balik. senyum sumbing terhias di bibirnya. tanda faham lah itu. good job team mate!

kami terangguk-angguk tanda setuju. kepala otak sudah terbayang benda yang sama. sasaran sudah dikenalpasti. kami mendekati sasaran. hehe. toleh kiri kanan dulu before nak buat pedajal. haha. suddenly Naim pun berkata,


Naim : hey Azrul. tengok abang and Kak Ana.
Azrul : nape bang?
Naim : abang malas nak cakap banyak, but.. Ana, kau cakap lah.
Ana : Azrul sayang, macam nie, kami nak minta something. boleh?
Azrul : apa dia? cakap je. tak apa. Azrul tak kisah lah. hehe.
Ana : ohh baguih. macam ini, nak tanah liat itu boleh? nak main.
Azrul : hahh? ini? *sambil tunjuk ke arah tanah liat warna-warni*
Naim : yelah! kami nak itu! dah! jangan nak reject pula okay?
Ana : kami main sekali ea? Kami bosan gila nak mati ini! Please!
Azrul : hehehehe. bang Im suka main tanah liat ea? hihihi.
Naim : ehh budak ini! aku cepuk karang!
Ana : dah dah! jom fikir nak buat apa sekarang. hehehe.



itulah dia serba sedikit perbualan kami. HAHAHAAHAHA. sangat seronok ya! bukan main beria-ria kami bermain dengan tanah liat tersebut. last-last banyak yang kami dah berjaya hasilkan! hahaha.

azrul's
ini sebahagian sahaja okay? haha.

alamak. dah penat. Naim pun dah ngantuk. Azrul tak payah cerita. habis sahaja bermain tanah liat, terus dia bantai tidur. yelahkan, kecil-kecil sudah kena puasa. kalau tak, nanti tak dapat duit raya. hahaha. comel sungguh statement si Azrul itu yaa. hmmm. dah ngantuk dahhhh. okaylah, nak tidur. join si Soap tidur.

BYE BYE.

Tuesday, September 7, 2010

cinta monyet? apa kah itu?

well well well, hehe. saya ada baca satu artikel ini. saya nak berkongsi dengan anda semua yaa :) banyak kali saya baca. hmmmm. mula-mula baca, agak terkejut. but bila sudah banyak kali baca and try untuk memahami artikel ini, baru ada kesedaran dalam diri saya ini. agak sedih ya di situ :(

START ARTIKEL :

Masa kecil saya pernah memikirkan, memang perlukah seorang yang dewasa ber`dating` sebelum melangkah ke alam perkahwinan? Kenapa saya bingung akan hal ini? Kecil-kecil lagi sudah gatal?

Bukan begitu.

Naluri kanak-kanak saya pada waktu itu merasakan tidak selesa dengan apa yang ditayangkan dikaca televisyen. Jikalau ceritanya tentang pasangan kekasih, sudah pasti ada adegan keluar makan berdua-duaan sebelum punya ikatan yang sah. Cerita tempatan apatah lagi luar negara, babak kekasih dilamun cinta sebelum berkahwin disusun dengan penuh teliti. Tetapi saya memang bingung. Memang perlukah begitu? Perlukah bercouple sebelum berkahwin? Nyata saya tidak selesa di awal usia kanak-kanak.

love

Cinta Monyet

Alhamdulillah, semasa di sekolah rendah mahupun sekolah menengah saya jauh dari memahami erti ataupun mengalami cinta monyet. Istilah yang biasa tetapi sekadar mendengar. Ada sahaja rakan-rakan yang ber`cinta` seawal darjah tiga.

Saya bingung. Memang terlalu muda untuk memahami tentang perkara ini. Maka tidak hairanlah mengapa saya bingung ketika itu. Pelik dan mencari-cari sebab mengapa ada yang bercinta seawal usia di darjah tiga.

Di sekolah menengah, lain pula ceritanya. Kisah bercinta menjadi lebih hebat. Mungkin merasakan diri lebih matang sedangkan baru menginjak remaja. Kisah cinta disekeliling saya bermacam-macam. Kenyataan-kenyataan seperti, batch kami bercinta seperti tukar baju (pelajar batch tersebut sering bertukar-tukar pasangan ibarat menukar baju setiap hari), ada senior mengaku dia bercinta untuk mencari pengalaman. Aduh! Saya menjadi semakin bingung. Benarkah ini semua?


Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

1. Janganlah anda membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum anda berkahwin dengan 'si dia'.

2. Bercintalah anda dengan nya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untuk anda.

3. Jika anda ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah diri anda untuk berbahagia sebelum anda berhak menjadi milik 'si dia'.

4. Jika anda menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNYA.

5. Kebahagiaan yang anda lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas anda diijabkabulkan.

6. Jikalau anda inginkan pasangan hidup anda yang terbaik untuk anda, maka anda lah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.

7. Membina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengan cara ber'dating', cukuplah sekadar anda tahu apa yang perlu anda tahu.

8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.

9. Jika anda masih belum bercinta, tahanlah diri anda untuk bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawa anda ke gerbang perkahwinan.

10. Jangan biarkan nafsu anda dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagian dari anda.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

love

Islam dan Cinta

Islam menganjurkan lelaki dan wanita bertaaruf iaitu berkenal-kenalan sebelum mengikat pertunangan. Cara bertaaruf menjaga adab dan syariat. Pasangan tidak berdua-duaan tetapi ditemani oleh orang tengah mahupun ibu bapa sendiri.

Bercinta pula perlu punya tujuan. Apa tujuan cinta monyet? Sekadar suka-suka atau untuk mencari pengalaman? Jika benar, bukankah itu alasan-alasan yang menyedihkan?

Bercinta adalah berkasih sayang. Mampukah untuk kita berkasih sayang dengan seseorang yang asing jika kita belum mampu menyayangi ahli keluarga sendiri? Maka jika benar, kita berkasih sayang dengan orang luar perlu sama seperti berkasih sayang dengan ahli keluarga sendiri. Tetapi adakah perkara ini benar-benar berlaku di antara pasangan yang menyatakan diri mereka bercinta?

Bagi saya, untuk memahami istilah cinta, saya perlu memahami erti mencintai diri sendiri, mencintai ahli keluarga, mencintai rakan-rakan dan yang lebih utama mencintai Allah dan RasulNya. Saya perlu menguasai erti cinta ini sebelum mencintai seseorang yang asing-lelaki dalam hidup seorang wanita. Terlalu teoritikal? Pandai-pandailah mencari cara untuk amalinya.

Semakin dewasa saya semakin memahami dan lihat sendiri teori-teori cinta secara praktikalnya (bukan saya yang bercinta, tetapi melihat realiti disekeliling). Cinta itu perlukan kepercayaan dan tanggungjawab. Cinta itu memberi tanpa mengharap balasan. Teori ini memang benar untuk menyelesaikan masalah-masalah perkahwinan yang saya ketahui (bukan menjaga tepi kain orang, tetapi mungkin diri sudah meningkat dewasa memahami permasalahan ini) . Perkahwinan yang memang bergelora.

Sesekali terasa takut pula memikirkannya. Tetapi seperti kata emak, "Jalan ini mudah sahaja jika manusia ambil jalan yang lurus. Tetapi hakikatnya, ada yang memilih yang bengkang-bengkok".

Jual mahal? ignore

Setelah berusia dua puluhan dan masih tidak berpunya atau tidak pernah ber`boyfriend`, maka masyarakat amnya masih mempunyai stigma bahawa tuan punya badan mungkin jual mahal. Nasihat seperti, jangan jual mahal nanti tidak laku dan sebagainya dilontarkan.

Persoalannya, setelah beberapa perkara seperti di atas dibangkitkan, adakah benar bahawa seseorang yang tidak ber`boyfriend` itu wajar dikategorikan sebagai jual mahal atau memilih? Atau mungkin tuan punya badan sekadar menongkah norma masyarakat kerana tidak bersetuju dengan gejala couple yang dipandang sebagai satu kemestian dan kebiasaan? Atau mungkin tuan punya badan benar-benar memikirkan erti sebenar cinta dan berkasih sayang?

Isu yang berat untuk difikirkan bersama. Masakan tidak, di dalam hadis daripada Nabi s.a.w. yang menegaskan dengan maksud bahawa :

"Sesiapa yang telah berkahwin dikalangan kamu maka dia telah sempurnakan separuh dari urusan agamanya dan hendaklah dia bertaqwa kepada Allah pada setengah atau separuh urusan agama yang selebihnya".

Masakan cinta dan perkahwinan perkara yang main-main sekiranya sebesar ini ganjaran yang dijanjikan Allah.

hold hands


TAMAT ARTIKEL!


saya rasa macam berdosa lah pula ketika ini. haishhh. yelah, saya pun mengalami masalah ini tahu! kawan-kawan? uishhhh. lagi lah tak terkata! berganda-ganda advance daripada saya. hmmmm. apa boleh buat? zaman sudah moden kan? hehe. banyak kemudahan sekarang. kan?

hmmm. itu sahaja bebelan saya. hahaha. saya rasa macam orang tua lah pula sekarang ini. hohoho. x)

byes :D

Sunday, September 5, 2010

sengal, nostalgic sungguh!

well, now saya tengah terbayangkan keadaan saya ketika di sekolah ( hohh! nostalgic sungguh! ). yelahkan, sudah agak lama ya saya bercuti, ekeke. padahal baru sahaja 3 hari dekat rumah. hahaha. but, rasa lega lah because finally saya boleh bergembira menyambut hari raya. tahun lepas punya raya tidak berapa seronok. otak asyik fikir pasal PMR sahaja. cehhh. poyo betul ayat. hehe.

hmmmm. tahun ini punya aktiviti di maktab. alahhh. tak ingat lah pula bulan berapa, so saya main pakai cakap jelah. jangan banyak complain, dengar sahaja. paham? hahaha.

first, saya kena denda jadi KPS. haha. mesti blur kan apa itu KPS? well, well, KPS itu satu pertubuhan yang ditubuhkan KHAS oleh ustaz yang paling saya sayangi, USTAZ ABDUL JAWWAD :) sumpah saya cakap, saya memang langsung tidak marah dengan beliau ya. memandangkan saya rasa macam seronok pula jadi ahli KPS ini :) hahaha.

sebab saya kena jadi KPS? hehehe. sebabnya, ada satu hari itu, saya dan kawan-kawan saya yang pergi MUAR untuk Kadet Polis baru balik ke maktab. so, keesokan harinya, kami bersihkan khemah dan peralatan-peralatan yang sangat banyak itu ya. naik kematu kaki saya asyik mencangkung sahaja hari itu. haishhh. memang sumpah penat gila saya pagi itu. so, petang itu, kami nak berehat..( padahal nak bantai tidur ini! ).

tengah syok saya mencuci baju ini, tiba-tiba datang ramai gila pelajar aspuri ( asrama puteri ) nak tangkap kami semua yang terdapat di dalam asrama. saya pun pelik, apa pasal pula ini? saya penat ini! nak tidur! nak tidur! so dalam keadaan protes memprotes itu, kami dibawa berjumpa dengan ustaz Jawwad. hehehe.

then, tiba-tiba dia bagi arahan. nak perli kami lah itu! dia bagi arahan berkawad, but semua arahan dia hancur lebur. salah nada ya di situ! haha. kami ikut sahaja. yelah, kami rasa macam kelakar pula time itu x) nak tahu kenapa kami dipanggil? sebabnya kami PONTENG KELAS AL-QURAN! walaweyhh. penat gila kut! tidak mungkin ya di situ, ustaz tidak faham dengan kepenatan kami yang melampau-lampau time itu!

kami semua agak sedikit geram lah, kenapa budak-budak yang pergi NADHWAH tidak kena seperti kami??! agak geram ya di situ. but it's okay. tidak mengapa. saya suka pendam sahaja. haha. nak tahu apa tugas kami sebagai ahli KPS? and apa itu makna KPS? well, well. KPS means KADET PUTERI SURAU. bunyi macam agak memerli kami bukan? haha. tugas kami? setiap pagi time after solat subuh berjemaah di surau, ada baca al-Quran beramai-ramai. hahhh! time itu lah kami kena berdiri di hadapan khalayak ramai!

start dari baca al-Mathurat sampailah habis baca al-Quran. seronok bukan? then, kami diberi PISTOL AIR untuk menembak sesiapa pun yang tidur time itu. hehehe. seronok gila dapat tembak orang. hahaha! saya memang ada dendam dengan 2 orang budak ini. dendam sangat! then, saya nampak mereka TIDUR! diulangi, THEY'RE SLEEPING! berani yaaa! saya pun apa lagi, segera mendekati mereka. hehe.

dengan muka yang konon-kononnya tidak bersalah, saya pun menembak muka mereka! mereka pun apa lagi?! terkejut gila babeng lahh! hahaha. saya, dengan penuh zionisnya menembak mereka lama-lama. apa lagi? dah dapat peluang, tidak mungkin ya saya akan lepaskan. hehe. but, saya tengok mereka macam tengah gasping for air ( mencungap-cungap lah maknanya itu), saya pun STOP sekejap. biar mereka relax. then, mereka sudah normal, saya tembak mereka sedikit, sebagai tanda amaran.

muka mereka, hohh! mencuka habis! saya pula, huhhhu. siap buat sujud syukur sekejap. hehehe. ishhh. tiba-tiba rasa macam kejam sangat lah pula. alaaahh, raya nanti saya minta maaf, habis cerita. hahahaha! cukup 1 bulan setengah, uztaz pun pencenkan kami semua memandangkan sudah ada KPS JUNIOR. saya pun sudah cukup bosan ya berdiri sahaja. hehe. bila kami sudah meletakkan jawatan, KPS JUNIOR pula yang ambil tugas menembak kami itu. huhuhu. sedih betul.

KPS itu diteruskan sampai lah sekarang. tidak percaya? datanglah MRSM Pontian. baru tahu nanti. and jangan lupa, berkenalan terus dengan Ustaz Jawwad saya itu. ribuan terima kasih saya ucapkan kepada ustaz kerana tanpa uztaz, saya tidak akan dapat peluang untuk membalas dendam saya yang cukup mendalam. HAHAHAHAHA :D

hmmmm. sudahlah. penat. hehe. nanti saya sambung lagi ya?
bye bye <333

Saturday, September 4, 2010

penpal ke ini?!

actually, saya ada kenal dengan seorang mamat saleh ini. haishh. saya sudah kenal dia lebih kurang setahun lah juga. saya penat gila nak mati layan karenah dia yang saling tak tumpah macam kanak-kanak yang laparkan perhatian! cukup tension ya di situ! dia suka merajuk. rasa macam nak debik sahaja muka dia, biar lebam! padan muka. hahahaha!

saya tak tahulah kenapa saya masih boleh bertahan untuk melayan segala karenah dia yang menggedik sampai ke tahap cipan itu! adakah saya sudah tidak waras? kemungkinan YA! memang saya sudah gila. gila-gila. sudah banyak kali saya bercadang untuk tidak membalas surat ataupun bervideo cam dengan dia. but, atas sebab saya masih berperikemanusiaan, saya batal kan sahaja niat saya yang cukup 'murni' itu. hahaha.

die
tadaaaa! inilah DIA!

saya tension! saya nak bunuh dia! boleh tak? kalau lah dalam dunia ini ada lesen untuk membunuh orang, orang pertama yang akan saya bunuh adalah DIA! dia sememangnya tidak patut hidup dalam dunia ini! asyik bergantung harap pada orang lain. tekanan anda tahu! hahh! cuba anda lihat wajah dia. ternyata kelihatan innocent, padahal haram!

hahhh! itulah manusia yang sangat mengada-ngada itu! nama dia Freddy dan tinggal di Norway. muka nampak sangat-sangat baik kan? but, sumpah itu semua AUTA! dia itu.. ughh! suka merajuk. then, suka salah anggap. dia suka cari pasal dengan saya, sampai ada satu hari itu, saya rasa macam menyesal gila jadi penpal dia. rasa macam kenapa lah dalam dunia ini ada orang macam ini?

huhhh. kalau dah nama pun mat saleh, tetap kafir juga. penat lelah saya nak explain dekat dia yang saya ini muslimah. maksud saya, saya ini beragama ISLAM. so, sangat tidak patut ya dia tanya soalan yang tahap 18SX dekat saya. wawawawawa! itu kerja gila! hello sahabat! saya ini perempuan! so, jangan ingat saya nak berkongsi apa-apa cerita mengenai benda alah itu ya!

nak tahu sangat pasal Islam konon. padahal, dahagakan perhatian sahaja. gedik. geram! bunuh dia bunuh dia! GRRRRRR! huhh hohhh. itu sahaja.

bye bye :D