saya ambil jalan mudah. JANGAN MAKAN. senang. habis cerita. fullstop. hahaahaa. saya makan mee bandung saja lepas itu. but, still alergic juga, but tak gatal sangat lah. maybe sebab makan dalam kuantiti yang sedikit kutt. but tetap gatal! sumpah tak tipuu. haishhh. seafood, seafood. memang tak ngam langsung dengan saya ini :)
ouhh tengok pun dah tak sanggup! xD
kasihan punya pasal, parent ajak pergi pasar malam today! yayy yayyy! sukanyaaaa :D dapat makan banyak. hahahaha. melantak saja yang saya tahu. hehehe. punya banyak saya beli sampai tak ingat dunia. suka sukaa :)
tengah sedap-sedap membeli-belah makanan, boleh pula terserempak dengan kawan lama sekolah rendah dulu. ehhh. tak sangka pula dia masih ingat lagi dekat saya. hehe. ehh lupa pula nak mention nama dia. haha. tak silap lah, Luqman Hakim kutt. lupa lah. haha. kurang asam betul saya ini. hahaha.
tengah sedap saya meng-order makanan, tiba-tiba dia muncul kat depan saya sambil berkata," ishhh ishh ishhhh." nak tahu kenapa dia kata macam itu? sebab dia terkejut tengok makanan yang saya pegang. banyak tak terkata. but bukan semuanya saya punya, okay?
ingatkan nak berbual-bual ( kat pasar malam juga nak buat tautan kasih ), nampak gayanya macam tak boleh. dia sibuk jaga adik-adik dia yang berderet itu, saya pula kena jaga makanan yang berlambak-lambak itu. hehehehe. nak juga mention makanan itu. ehhh. mestilah. lapar gilaa kutt time itu. terlupa nak lunch. hehehehe. ngada-ngada sungguh saya ini :DDD
terngiur bukan?
dua kebab selamat disemadikan dalam perut saya ini. fuhhhh! memang buncit habis perut saya. ouhh tidak! mak maluuu! perut anak mak dah bulat! habislah emak. hahaha.
saya ada juga order mutabak ( rambang mata, semuanya nak! ), but dah tak muat dah muatan perut saya ini, bloated. so, simpan untuk esok sajalah. bukannya basi pun.
ecehh KakSu. pandai mengumpan saya suruh tunggu along dekat bawah ya tadi? bukan main. kata takut lah, bosan lah, nak berborak lah. saya kasihan punya pasal, saya pun temanlah KakSu dekat bawah. then, tengah dah layan tengok Godzilla itu, dia senyap-senyap larikan diri ke bilik. tinggal lah saya seorang diri dekat ruang tamu bawah itu.
ehhh. salah Godzilla lah pulaaaaaa.
hahh! yang original punya Godzilla. kacak dan bergaya :)
dia pandai keluarkan api! hebat! hebat!
dan juga menari x)
tapi KakSu lagi pandai, saya tak sedar bila dia dah hilang. dah lama itu, baru sedar. but malas nak bergerak. duduk saja dekat sofa itu. tunggu punya tunggu, along tak muncul-muncul. ecehhh along. dah macam big boss dah gayanya? siap ada orang tukang bukakan pintu rumah ya? tak reti bawa kunci rumah sendiri? kacau saja. hishhhh.
saya hantar message dekat along,"baik along balik cepat sikit or ana dah malas nak tunggu along dah. ana naik atas nanti, pandai-pandai buka pintu sendiri."
along reply," alaaaa ana. lagi 15 minit abang sampai lah. rilex rilex."
saya balas,"banyak cantik. along jangan lupa tapau sekali apa yang ana suka. kalau tidak, buka pintu sendiri. tak pun, tidur dekat pangkin rumah nanti sampai esok."
along kata,"ehhh ehhh. otak-otak hari itu abang dah belanja. komik abang dah belikan, cokelat pocky dah dapat seorang satu hari itu ( siblings saya gilaaa rocky and pocky! )."
tadaaa! kotak pocky yang belum dibuka lagi ini :)
selepas 15 minit. ( saya dah hilang sabar! )
saya message,"cepat along, ana tengah naik tangga ini. malas nak tunggu dah."
along tak reply. kurang asam bin jawa betul!
selepas 30 minit. tiba-tiba..
"assalamualaikum. weyhh, buka pintu ini cepat! cepatlah."
saya musykil. pergi dekat-dekat dengan pintu. tinjau tingkap. ohhhh! ALONG rupanya. kacau saja. lambat betul. hishhh. cantiknya muka along. kata 15 minit. ini darab dua! grrrrr. geram betul. hishhh. last-last, saya kena temankan along makan. tahu lapar. lain kali balik awal. menyusahkan saja. bosan saya tahu ( padahal layan cerita Godzilla ;Pp ).
along ingat saya merajuk. puas dia pujuk saya. saya tak layan. jual mahal. jual mahal sikit! hahaha. terus dia janji kononnya takkan balik lambat lagi. padahal before itu, ada janji juga, but lambat juga akhirnya. hahaha.
hahh. dah habis sudahhh :)
bye bye!