Tuesday, November 16, 2010

Bored.

okayy. sangat bosan ya sekarang. so disebabkan terlalu bosan, terkenang balik gambar-gambar time RAYA. hahhh. raya dekat kampung? hmm. boleh lah. but hanya 3 hari sahaja as mak still ada kerja after itu. haishh. so, sempatlah juga saya curi-curi ambil gambar. haha.

first, semasa di dalam KERETA :) kiranya dalam perjalanan lah ini.


along

ALONG, dengan choc nya ituuu !


wuuuuu~ LAPAR kutt dalam kereta itu!




cincin PRIMADONA <333


sesudah penat menggedik di dalam kereta, kami pun akhirnya tiba di kampung sebelah EMAK :)

masuk saja terus nampak benda classic ini :

Photobucket

boleh guna lagi ke ini nenek oii?

Photobucket

shessshh! sibuklah jari-jari itu!


then, SYAZA gedik-gedik manja dengan kucing belaan nenek :B

Photobucket

HAHAHA :D


then, sesudah makan besar, kami ada pertandingan mewarna. HANYA KANAK-KANAK YANG BERUSIA BAWAH 12 TAHUN SAHAJA YANG DIBENARKAN UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN INI. hesshhh! baru ingat nak join jugaaaaa!

TEMPAT PERTAMA : RM50
TEMPAT KEDUA : RM25
TEMPAT KETIGA : RM10
TEMPAT SAGUHATI: RM5

alololo. kira okay lah juga tu kan? asalkan dapat duit! hehehehe.

mereka yang menyertai pertandingan ini :

Photobucket

sangat bersemangat ya mereka semuaa!

Photobucket

Photobucket
tengok muka dia, si ALIA JEBON.


Photobucket
alololo, muka innocent betul CHOMEYL ini.


Photobucket
SULHANA, si tukang memekak.


Photobucket
MARYAM, the WINNER <333


Photobucket
ALIA, the LOSER. HAHAHA.


SI TUKANG PENYIBUK :

Photobucket

Photobucket

Photobucket
SUAIDA, kenapa tak nak layan akak? 
kenapa asyik layan Along seorang saja?
ini tidak adil!


suddenly, MAK SURAYA, AIN, ABAH GHANI, AND FARHAN CAME. OMG. X)

Photobucket
si BENCANA ALAM sudah mari.
JENG JENG JENG~


Photobucket
ingat comel latu posing depan camera?


Photobucket
muka minta penyepak. DUHH.


Photobucket
minta penyepak lagi sekali.
( AIN tak mahu ambil gambar time ini, MALU la sangat! )


TAMAT SUDAH RAYA DI RUMAH NENEK.
tibalah sudah giliran untuk beraya di KAMPUNG SEBELAH AYAH :)

tadaaaa!

Photobucket
opsss! tengah makanlah pulaaaa!

Photobucket

Photobucket
Syaza, seronok melantak tak hingat duniaa?


then, kami pun berehat! :D
but... along penat-penat pun masih boleh melayan camera. isk isk iskk.

Photobucket

lepas itu...

Photobucket

then, bila saya suruh dia pergi solat, dia buat muka...

Photobucket

hahahhh. takut kan?

kemudian, kami pun berura-ura nak ambil gambar siblings lah konon-kononnyeee :B

Photobucket
Along nak sangat warna classic ini. cehh. menyampah!

Photobucket
LIHAT muka Along ketika ini. hahhh.


gambar keseluruhan? HOHHHH. ENTAH BERAPA JUTA KALI DAH ALONG ASYIK MENEKAN BUTTON CAPTURE, BUT SEMUA GAMBAR DALAM KEADAAN YANG AGAK MENAKUTKAN, SO TIDAK AKAN DITAYANGKAN DI BELOG INI.
sekian, terima kasih.

HAHAHAHA.

last day nya pulaaa, kami tolong parent kami bersihkan kedai gas parent kami. shesssh. penat tahu!

Photobucket
sampah banyak habuk saja. tekanan!
terbatuk-batuk saya dibuatnya!

Photobucket
dalam PROCESS.

Photobucket
tukang sapu sampah bekerjaya.


Photobucket
tadaaaa! sudah bersih!

Photobucket
tong gas yang banyak, dehhh. berat mu tahu!

Photobucket
suddenly, ada orang mahu beli gas.
padahal dah trang tang tang kedai kami tutup.
 tak paham bahasa sungguh.

Photobucket
kasihan Along. kena buat semua. kami yang perempuan ini mana larat nak angkat tong gas.
sheeesshh! ALASAN.
HAHAHA.

okay. tamat sudah bebelan.
dah penat.

BYE BYE!!

Monday, November 15, 2010

Cuti Kerana Mengada-ngada :D

salam :) haha. to be honest, ya! memang saya tengah bercuti sekarang. hehe. well, saya nak cerita time saya cuti tempoh hari, dekat rumah Syazwani, a.k.a Tepok. hahh? nak kata dia tualah itu! hesshhh. tak baik tahu! dia tak tua mana pun, muda gituuu! andd btw, i'm totally freaking bored now! haha. baru sahaja habis tengok movie Jepun, Atashinchi No Danshi. hohh. seronok!

hmmmm, tak silap saya lah, Tepok kata nak keluar pergi JB esoknya. entah jadi ke tidak. entahlah. petang tadi sampai dekat rumah Tepok, then, sampai-sampai sahaja terus attack bilik Tepok, maklumlah, mengantuk gilaaa kut sekarang!

now, pun masih mengatuk. haishh. bila tak buat apa-apa, terus saja saya mengantuk. haha. nak kata saya pemalas lah itu? hek eleh. ingat saya tak tahu lah itu. hahh. tak kesah pun lah. nak buat macam mana? tak bisa dicontrol dong! hahh.

well, sekarang entah sudah pukul berapa entah. tengok si TEPOK tengah berhempas-pulas pejam mata rapat-rapat atas katil. sudah lena lah nampak gayanya. cesss. tinggalkan saya seorang ya di sini!

see! tangan saya dah menggatal dah buka blog ini. hehe. hmm. esok nak pergi ke tak JB? rasa teruja itu memang lah ada, but macam malas saja. hesshhh! MALAS lagi. HAHA. alaaah, JB ada apa saja? rasa-rasanya KL lagi seronok. dahlah dekat JB ada banyak BANGLA. hehhh. ampun. terkutuk sekejap. hehe.

fine. now saya rasa lebih baik saya tidur, nak tengok movie, rasa macam seram sejuk lah pula. tadi pun boleh terlayan sebab tak sedar langsung si TEPOK itu sudah selamat dibuai mimpi. kalau tak, hehh. jangan harap saya nak stay up seorang diri di bilik yang terlalu sunyi itu ya. haha. penatlah saya membebel tadi, rupa-rupanya cakap seorang diri. hessshh. tak patut sungguh. sekali tengok, macam orang gila dah saya.

hahaha. tak peduli. i don't even care bout others! hahh. saya punya hal lah. tak payah serabut fikir pasal orang lain. fullstop.

hmmm. okaylah, keseraman sudah menjelang. dari tadi tengok langsir itu terbang-terbang. cesss. tak guna sungguh. ingat SEEKERS apa?

okaylah, BYE BYE :)

Saturday, November 13, 2010

Holiday :D

OHHH YEAHHH!

boleh bayangkan tak betapa gembiranya saya hari ini? HAHAHA. sumpah gembira sangat sebab exam sudah tamat and, no need to care about books anymore! err.. i mean, for a while (: hahh. sangat-sangat PENAT. itu sahaja perkataan yang tergambar dalam otak saya now.

saya baru balik dari asrama semalam, and ayah, mak and Syaza ( baru dijemput oleh ayah juga ) datang ambil saya pukul 2:30PM dengan kereta baru, Honda Accord nya :D but! memandangkan kereta itu agak kecil sedikit, so, terpaksalah kami bersempit-sempitan dengan barang-barang saya yang banyak sangat itu. hehe. itu lah. degil. saya sudah suruh bawa LORI tak mahu. saya dah kata, barang saya banyak, cikgu tak benarkan saya tinggalkan barang! kejam!

then, kami pun pergilah berjalan-jalan sebentar di Bandar Batu Pahat. WHOAAA. BESAR. terkejut saya tahu. yelah, saya harap sahaja sekolah dekat Pontian, JOHOR, but sumpah saya cakap, saya and famili saya tak pernah pun jalan-jalan dekat Johor. setakat pernah datang untuk attend WEDDING AUNTY, and MAJLIS PENGKEBUMIAN DATUK SEDARA. just that. sedih kan? hahh.

sesudah puas melampiaskan nafsu makan kami, so kami pun bertolak balik ke Alor Gajah, tidur kat office mak sekejap. hehhh. ingatkan ada Internet dekat office mak itu, but rupanya sudah rosak. haishhh. sedih.

sudah lama sangat-sangat saya tak online Internet, maklumlah saya sekolah asrama, so, sudah 2 bulan setengah ya di situ saya tak online. haha. LEGA. finally, saya tahu juga perkembangan dunia luar, otak saya naik cramp asyik terperap dekat asrama itu! TIADA HIBURAN! TIADA BERITA BOUT DUNIA LUAR! INSANE! kami dipaksa study dan study sepanjang masa. tidur pula, hanya 5jam sehari. SEWEL kan? hahh. baru tahu?

saya sudah BERJAYA menghabiskan exam saya dengan 'CEMERLANG' sekali. ouhhh. cukup perit ya saya memerah otak saya di kala menjawab exam tempoh hari. otak saya siap terburai sekejap time itu. GILA SUSAH. saya tahu pihak PENDIDIKAN MARA SENGAJA bagi soalan sikit punya MAUT itu. soalan paper 1 major senang, but bila masuk bab paper 2, Innalillah lah jawabnya. hahh.

saya dah dapat dah markah untuk paper SEJARAH and PENDIDIKAN ISLAM. sejarah dapat 72% and pendidikan Islam dapat 80%. hahh. RENDAHNYA MARKAH? hmmm. memang pun but kira okay lah ini bagi saya. soalan susah kut. haishh. haha.

markah untuk paper yang lain? hahh. nanti pihak maktab saya tolong POSKAN RESULT itu ke RUMAH. 'SERONOK' kan? parent dapat markah saya yang comel montel itu dengan MUDAH sahaja. cesss. kantoi terus semua markah saya itu. hahh.

well, malam ini kami sekeluarga akan menonton wayang bersama-sama :) MOVIE APA? nanti baru tahu. hahh. malas nak pergi tengok tiket. jauh. hahh. hmm. okaylah, sudah penat membebel. maklumlah, sudah lama mulut ini tidak dapat berceloteh. HAHAHA. nak pergi makan.

feed me
Hungry

BYE BYE :)

Thursday, September 9, 2010

raya sudah! yayy :)

salam semua :) hehe. cuba teka esok hari apa? hmmm tak dapat teka? tak apa tak apa. biar saya sendiri yang jawab soalan saya itu yaa. teeehee. esok sudah raya! yayy! gembira nie :D suka, sukaaa sesangat tahu! well, di sini, saya ingin mempromote baju raya saya. hmmm. baju kurung sahaja. yang lain? hmmmm. MALAS! sudah paham? bagusnya.


3
time nak pilih baju, pening nak ambil colour pink ke tak. hehe. alergic sikit.


hmmm. mula-mula macam tak nak ambil. sebab agak alergic dengan warna pink. saya ini dah lah ganeih. hehe. so, dulu-dulu pernah ambil colour pink, kawan-kawan semua ejek saya gedik. ciss. sedih tahu. but now, arghh. i don't care! nak juga colour pink itu. hehe. comel sangat. so, bila saya pakai, maybe nanti kelihatan comel juga kutt. ( perasan sudah datang! ). so, sudah saya terbeli ya kawan-kawan :)

yang kedua punya baju pula,


1
hmm, yang ini bertemakan corak vintage. mak saya kata, kalau saya pakai baju ini, nanti nampak lembut. so, saya nak juga jadi wanita muslimah. hehe. ayu gitu! ( perasan datang lagi! )


then, last sekali,

2
hehe. colour coklat. simple sahaja lah. saya suka jenis kain dia. lembut! ohhh. 1 more thing, baju itu lengan bercekak! fuhhh. habis basah kuyup lah saya nanti. panas panas! hehehe.


tamat sudah cerita pasal baju kurung. ngeee. ohhh. pasal baju shirts pula, sudah beli 6 helai. hahaha. seluar? hmmmm. 4 helai sahaja. tudung? beli dua helai. hehe. recycle tudung yang lama. JIMAT tahu. ngehngeh. penat saya belek-belek cari baju yang comel-comel, but kena tegur dengan along, sebab pilih baju lama sangat. alaa, lelaki, mana faham taste perempuan. kena pilih betul-betul. kalau tak nanti, rosak lah plan. haha.

ouhhhh. BOSAN. itulah perkataan yang boleh menggambarkan perasaan saya pagi tadi. tidur, online, bermesej, merayap entah kemana and lastly, nak pergi bazar but macam kosong, so pergi McDONALD! ehehee. macam ini ceritanya, kira-kira pukul 5 setengah, saya pun kejut along, ajak Syaza and along pergi bazar bersama-sama. hohh. kejut along pukul 5:30PM, but along bangun pukul 6:00PM! tension saya dibuatnya. tidur mati apa along ini. haishh.

then, tengah tunggu along ini, suddenly Syaza called mom. dia boleh tanya mak, 'emak, nape Syaza kene pergi bazar. syaza malas lah. Kak Ana yang cakap mak suruh pergi'. wahhh. bunyi macam saya paksa dia pula kan? padahal saya just ajak dia. hmmm. tak apa. lepas dia habis call, saya cakap dekat dia, 'Syaza, if kau tak nak ikut, tak apa. stay dekat rumah. biar akak and along yang pergi. kau stay saja. lagi senang'.

then, dia terus touching. merajuk lah itu. nak saya pujuk? sorry naik lori lah. hahaha. ishh. kejam sungguh! saya and along pun just pergi begitu sahaja tanpa memujuk Syaza ( kejam betul kami ). sampai dekat bazar, fuhh! memang terperanjat beruk, ehh, bukan beruk saja, terus berubah jadi gorilla plus babun pun ada gak. cuba teka ada berapa gerai saja yang buka? cepatlah tekaaa :)

nak tahu berapa?

tarik nafas dalam-dalam dulu.

okay, ready!

2 GERAI SAHAJA!

tempat bukan main besar plus gedabak, but 2 gerai saja? ishhh. apa kami nak beli kalau macam itu?! pasir? GRRRRRR. so, along pun bawa kereta berambus dari situ. hehe. suddenly, along bagi cadangan,'jom pergi McD!'. McD? hmmmm. layan jelah. haha. kami pun belilah beberapa ketul burger melalui DriveThru. ecehh. bukan main pemalasnya semua nak keluar beli dekat dalam. hahaha. baru tahu saya pemalas? hakhak.

then, pergi 7Eleven sekejap. beli topup saya and Syaza yang tengah merajuk itu. balik saja, saya bagi topup itu dekat dia. ouhhh. Syaza merajuk. dia diam saja. elehh, but ambil juga topup yang saya belikan itu. haha. lawak, lawak. kami pun tengoklah tv sampai tak sedar yang azan berkumandang. fuuhh! panik betul kami time itu. berpusu-pusu ke meja makan. terus baca doa. amin :)

habis buka puasa, pergi bilik. solat. lepas itu, tak tahu nak buat apa dah. saya pun bantai baca komik kejap. hohh. jangan tak tahu, saya ini OBSES GILA dengan komik. hehe. tak percaya? nahh! tengoklah sebahagian daripada koleksi komik-komik yang saya dan Syaza kumpul :)

comic3

comic1

comic2


amacam? terkejut? hehe. biasa lah. habis semuanya saya sudah khatamkan. hehe. opsss. khatam? khatam al-Quran, saya sudah berapa kali ya? hmmm. sudah 7 ke 8 kali. lupa lah. hehe. tak apa. janji dah khatam. hahaha. ehh. jangan tak tahu, saya siap dah boleh hafal dah jalan cerita komik-komik itu :) hahh! cubalah subjek sejarah itu buat dalam bentuk komik ke, senang sikit saya nak hafal! GRRRRR.

hmmmm. sambil baca komik, saya dengar lagu juga! hehe. lagu apa? hahh. before itu, saya nak cakap sikit nie. saya nie bukan seperti gadis yang biasa ya! saya agak pelik sedikit. yelahkan, saya kan ganeih ( bak kata along lah ). so, lagu yang saya dengar pula, lagu-lagu korea. hehehe. naik biul dah along itu nak melayan saya. sikit-sikit pasang lagu korea kuat-kuat. haha. biarlah. saya punya suka. tak mahu dengar? sila pekak kan telinga anda * gelak kejahatan*.

band ini saya suka sangat! :D

b2st
BEAST/B2ST


ukiss
U-KISS

seronok! hehehe.ouhhh. okaylah. nak pergi kemas barang. esok pagi dah nak balik kampung :) ouhh. kampung saya tak jauh sangatlah. dekat saja. ALOR GAJAH, MELAKA. pernah dengar? tak pernah? hmmm. tak apa lah.

ouhhhhh. bye bye! Syaza tengah stress dengan mp3 dia!

Wednesday, September 8, 2010

Kegilaanku Bersamamu!

okay. sumpah. saya sudah bosan nak mati. ini gilaaa! tidak! kenapa semua orang time puasa saja yang pasif. kenapa? hahaha. ayat nak dramatik lah pula. hahaha. so, disebabkan terlalu bosan, sampai hampir ke kancah kematian, saya telah mengekori seorang sahabat saya ini ke rumah cousinnya. saya turut membuli beberapa cousin dia supaya memberikan perhatian mereka sepenuhnya terhadap saya! wajib! ada paham? CAKAP FAHAM CEPAT.

okay. now. saya sambung balik bebelan saya tadi. Naim, cousin sahabat saya yang sewel, dia sudi untuk bersama-sama membuat jenayah bersama saya hari ini. ( sama kes dengan saya, bosan bosan dan bosan! ). sahabat saya,cik SOAP sudah tidur terbongkang si kala ini. so, kami pun merancang masa depan bersama. ehh. salah. apa kes ini? haha. kami pun merancang plan jahat kami yang termahsyur itu.

rancang punya rancang, okay set! termeterailah satu perjanjian ZIONIS. hohoho. apa isi-isi kandungannya? well well well. *gosok-gosok dagu kejap*

RAHSIA.

hehe. sorrylah. Naim belasah saya nanti, anda nak tanggung ke? tak mahu bukan? saya sekali masuk wad, nak bilik yang VVVVVVIP yaa! hahaha. ehhh. apa saya merepek ini? okay. sudah lari tajuk. haishhhh. well, first sekali, mangsa kami yang pertama ialah SABB yang tengah berhempas-pulas 'beribadat' kepada Allah dalam bulan puasa ini. lihat apa yang kami lakukan!

hmmmm
HAHH! yang ini Naim punya kerja. amacam? ( cehh. macam kejam sangat! )

lepas itu, kami pun gelak terkekek-kekek. maklumlah, berjaya buat kerja jahat ( jahat lah sangat ) time bulan puasa. HOHOHO. but.. tak sangka pula si Naim itu gelak kuat sangat. terus si Sabb itu terjaga. berhenti sekejap daripada menjalankan ibadat puasa yang sedang dilakukannya tadi. dia tenung kami sampai naik tembus! mata macam ada laser saja. hehe. then, dia sambung balik 'beribadat'. fuhh! lega.

then, plan yang kedua, buat dapur selerak! ehh cop! itu dapur rumah sahabatku! nanti daku juga yang kena marah. cesss. kurang asam bin jawa punya Naim, apa punya plan lah. hmmm. lantak lah.

heeee

hohoo
Hasilnyaa! tak sampai hati nak selerakkan sangat dapur rumah sahabatku ituuu!

disebabkan sudah penat bermain di dalam rumah, kami pun keluar. cari mangsa baru. ohh ya! about the kitchen, Kak Alin ( maid mereka ) membebel sambil marah-marah siapa main air dekat dapur then tak reti nak lap balik. haha. kasihan. saya tengok Naim, Naim tengok saya balik. muncul lah Senyum Si Musang Guntang di bibir kami. hehe.

balik cerita balik. jalan punya jalan. hahh! OUR NEXT VICTIM!

sorry sayang
haha.sorry Kak Put ( si komputer ). Naim memang kreatifkan?

kami penat fikir, apa lagi aktiviti yang boleh buat kami tak bosan ea? hmmmmm. ahha!

hahaha
comel kan? Naim yang buatkan.

hehehe. Naim ini macam budak kecil lah. padahal tua setahun dari saya. kiranya, tahun ini dia SPM lah. hahaha. kasihan dia. tiap kali sebut ayat SPM, dia akan buat muka cemberut dia itu. kelakar! tanya, dah ready ke belum for SPM? tahu apa dia jawab? hahaha.

90% BELUM.

senang gila kan jawapan dia? ishhh ishhh ishhhh.

sudah. kami penat berjalan ( macam besar sangat rumah saya itu ). kami masuk balik. pergi ke zon kanak-kanak di mana anak-anak kecil sedang bermain. hehe. tiba-tiba..

BEEEEEP! BEEEP! BEEEEEEEEEEEEEEPP!
sasaran dikesan!

saya tengok Naim. dia tahu tak apa yang ada dekat fikiran saya sekarang? cehh. main-main telepati pula. Naim buat muka blur. pehhh. hampeh. apa punya manusia. tak memahami sungguh. saya muncungkan mulut saya, tunjuk SIGNAL suruh tengok arah muncung saya yang sebiji macam muncung itik comel itu. haha. Naim tengok. then dia pandang saya balik. then tengok ke arah seorang budak yang saya tunjukkan tadi. heyh Naim ini, lambat pick-up betul lah. then dia tengok saya balik. senyum sumbing terhias di bibirnya. tanda faham lah itu. good job team mate!

kami terangguk-angguk tanda setuju. kepala otak sudah terbayang benda yang sama. sasaran sudah dikenalpasti. kami mendekati sasaran. hehe. toleh kiri kanan dulu before nak buat pedajal. haha. suddenly Naim pun berkata,


Naim : hey Azrul. tengok abang and Kak Ana.
Azrul : nape bang?
Naim : abang malas nak cakap banyak, but.. Ana, kau cakap lah.
Ana : Azrul sayang, macam nie, kami nak minta something. boleh?
Azrul : apa dia? cakap je. tak apa. Azrul tak kisah lah. hehe.
Ana : ohh baguih. macam ini, nak tanah liat itu boleh? nak main.
Azrul : hahh? ini? *sambil tunjuk ke arah tanah liat warna-warni*
Naim : yelah! kami nak itu! dah! jangan nak reject pula okay?
Ana : kami main sekali ea? Kami bosan gila nak mati ini! Please!
Azrul : hehehehe. bang Im suka main tanah liat ea? hihihi.
Naim : ehh budak ini! aku cepuk karang!
Ana : dah dah! jom fikir nak buat apa sekarang. hehehe.



itulah dia serba sedikit perbualan kami. HAHAHAAHAHA. sangat seronok ya! bukan main beria-ria kami bermain dengan tanah liat tersebut. last-last banyak yang kami dah berjaya hasilkan! hahaha.

azrul's
ini sebahagian sahaja okay? haha.

alamak. dah penat. Naim pun dah ngantuk. Azrul tak payah cerita. habis sahaja bermain tanah liat, terus dia bantai tidur. yelahkan, kecil-kecil sudah kena puasa. kalau tak, nanti tak dapat duit raya. hahaha. comel sungguh statement si Azrul itu yaa. hmmm. dah ngantuk dahhhh. okaylah, nak tidur. join si Soap tidur.

BYE BYE.