hmmmm. tahun ini punya aktiviti di maktab. alahhh. tak ingat lah pula bulan berapa, so saya main pakai cakap jelah. jangan banyak complain, dengar sahaja. paham? hahaha.
first, saya kena denda jadi KPS. haha. mesti blur kan apa itu KPS? well, well, KPS itu satu pertubuhan yang ditubuhkan KHAS oleh ustaz yang paling saya sayangi, USTAZ ABDUL JAWWAD :) sumpah saya cakap, saya memang langsung tidak marah dengan beliau ya. memandangkan saya rasa macam seronok pula jadi ahli KPS ini :) hahaha.
sebab saya kena jadi KPS? hehehe. sebabnya, ada satu hari itu, saya dan kawan-kawan saya yang pergi MUAR untuk Kadet Polis baru balik ke maktab. so, keesokan harinya, kami bersihkan khemah dan peralatan-peralatan yang sangat banyak itu ya. naik kematu kaki saya asyik mencangkung sahaja hari itu. haishhh. memang sumpah penat gila saya pagi itu. so, petang itu, kami nak berehat..( padahal nak bantai tidur ini! ).
tengah syok saya mencuci baju ini, tiba-tiba datang ramai gila pelajar aspuri ( asrama puteri ) nak tangkap kami semua yang terdapat di dalam asrama. saya pun pelik, apa pasal pula ini? saya penat ini! nak tidur! nak tidur! so dalam keadaan protes memprotes itu, kami dibawa berjumpa dengan ustaz Jawwad. hehehe.
then, tiba-tiba dia bagi arahan. nak perli kami lah itu! dia bagi arahan berkawad, but semua arahan dia hancur lebur. salah nada ya di situ! haha. kami ikut sahaja. yelah, kami rasa macam kelakar pula time itu x) nak tahu kenapa kami dipanggil? sebabnya kami PONTENG KELAS AL-QURAN! walaweyhh. penat gila kut! tidak mungkin ya di situ, ustaz tidak faham dengan kepenatan kami yang melampau-lampau time itu!
kami semua agak sedikit geram lah, kenapa budak-budak yang pergi NADHWAH tidak kena seperti kami??! agak geram ya di situ. but it's okay. tidak mengapa. saya suka pendam sahaja. haha. nak tahu apa tugas kami sebagai ahli KPS? and apa itu makna KPS? well, well. KPS means KADET PUTERI SURAU. bunyi macam agak memerli kami bukan? haha. tugas kami? setiap pagi time after solat subuh berjemaah di surau, ada baca al-Quran beramai-ramai. hahhh! time itu lah kami kena berdiri di hadapan khalayak ramai!
start dari baca al-Mathurat sampailah habis baca al-Quran. seronok bukan? then, kami diberi PISTOL AIR untuk menembak sesiapa pun yang tidur time itu. hehehe. seronok gila dapat tembak orang. hahaha! saya memang ada dendam dengan 2 orang budak ini. dendam sangat! then, saya nampak mereka TIDUR! diulangi, THEY'RE SLEEPING! berani yaaa! saya pun apa lagi, segera mendekati mereka. hehe.
dengan muka yang konon-kononnya tidak bersalah, saya pun menembak muka mereka! mereka pun apa lagi?! terkejut gila babeng lahh! hahaha. saya, dengan penuh zionisnya menembak mereka lama-lama. apa lagi? dah dapat peluang, tidak mungkin ya saya akan lepaskan. hehe. but, saya tengok mereka macam tengah gasping for air ( mencungap-cungap lah maknanya itu), saya pun STOP sekejap. biar mereka relax. then, mereka sudah normal, saya tembak mereka sedikit, sebagai tanda amaran.
muka mereka, hohh! mencuka habis! saya pula, huhhhu. siap buat sujud syukur sekejap. hehehe. ishhh. tiba-tiba rasa macam kejam sangat lah pula. alaaahh, raya nanti saya minta maaf, habis cerita. hahahaha! cukup 1 bulan setengah, uztaz pun pencenkan kami semua memandangkan sudah ada KPS JUNIOR. saya pun sudah cukup bosan ya berdiri sahaja. hehe. bila kami sudah meletakkan jawatan, KPS JUNIOR pula yang ambil tugas menembak kami itu. huhuhu. sedih betul.
KPS itu diteruskan sampai lah sekarang. tidak percaya? datanglah MRSM Pontian. baru tahu nanti. and jangan lupa, berkenalan terus dengan Ustaz Jawwad saya itu. ribuan terima kasih saya ucapkan kepada ustaz kerana tanpa uztaz, saya tidak akan dapat peluang untuk membalas dendam saya yang cukup mendalam. HAHAHAHAHA :D
hmmmm. sudahlah. penat. hehe. nanti saya sambung lagi ya?
bye bye <333