well, akhirnya saya berjaya juga membuat belog sendiri. HAHA. happy gila ini, lihatlah senyuman saya sekarang ini, lebar gilaa! ( mak tak pernah ajar menipu ini, jangan tiruu ) HAHA. actually, tak nak buat masa mula-mula, tapi disebabkan dorongan nafsu yang terlalu kuat sehingga susah untuk dikawal, ditambah dengan kegedikan yang terlebih dos sebab nak tiru kawan-kawan ( sebab mereka suka show off mereka ada belog sendiri, so ini kira kes jealous lah ini ), saya pun TERbuat lah belog ini. HAHA. ngada-ngada sungguh.
jujurlah, patutnya saya tak patut buat belog ini, lebih-lebih lagi saya ini budak sekolah berasrama penuh ( tipuuuu gilaa ini.. ehh betuih apa? ) , so agak susah nak spend time untuk memblogging, betuihh tak? but.. I DON'T CARE! nak ada blog juga macam mereka semua! tak peduli! ekeke ;) *gelak kejahatan* elehh. lagi pun saya TERbuat, diulangi, TERBUAT. so tak salah kut. ( ecehhh ekau, tak payah kau nak defend diri sendiri. )
saya memang dah gilaa. memalam butaa buat belog, entah apa entah merapu, main taip ikut suka hati dia sahaja. ishh ishh ishh. teruk betuihlah perangai saya ini. kuat merapu + kuat membebel = Nur Farhanah Anak Perempuan Encik Azhar. Haishh. Salah. Binti Azhar lah sengal-sengalan!